Salam semua dari eLQirani,
Mudah-mudahan anda dan keluarga anda sentiasa dilimpahi rahmat Allah s.w.t..
Untuk kali ini, eLQirani mahu berbincang tentang kaedah untuk berjimat. Macam sudah biasa dengar bukan?
Hakikatnya, walau berjuta kali dengar akan nasihat yang tidak henti-henti tentang topik ini, tapi kenapa dan mengapa ianya masih tidak menjadi amalan kita?
Tips dan Kaedah untuk berjimat,
saya pecahkan kepada beberapa topik dan subtopik.
Khas untuk anda semua...
Sepertimana yang di ajar oleh Ibu angkat saya dan rakan-rakan sekeliling, berjimat ada bermacam2 cara..
antara nya:
1. Jangan berhutang untuk membeli sesuatu.
"Eh, aku nak beli la I-Pod tu.. Salleh, pinjam duit dalam RM200, aku tak cukup banyak tu je ni, nanti aku bayar la balik!"
Haa.. ni salah satu cara untuk membazir, of course saya selalu buat masa belajar2 dulu.. teringin je apa-apa barang, pinjam duit orang, lepas tu, bayar la ansuran kat member.. Jangan buat macam tu.. lebih baik anda kumpul sikit2 duit,, then beli terus, dapat melatih anda supaya merancang.2. Buat perbandingan harga
"kalau di Supermarket XXX, harga Potato Chip RMX.XX, kalau kat Supermarket YYY, harga Potato Chip yang sama RMY.YY. Baik aku beli kat Supermarket YYY."
See.. selalu nya, saya akan buat perbandingan harga, kadang kala apa yang di war-war kan di dalam katalog adalah lebih mahal dari biasa, maka, apa lagi, cuba-cuba buat perbandingan harga, meskipun dapat berjimat dalam RM0.20 contohnya, amaun yang dapat jimat tu amat besar bagi semua orang. RM0.20 dah boleh beli macam-macam tau kalau dapat dikumpul..
3. Jangan drive kereta laju2
"woi, apasal ko bawak laju sangat ni? minyak tak sayang ke? aku kalau bawak lebih 100km/j, memang laju ja meter minyak turun. dari biasa aku isi minyak RM50 seminggu, dah jadi RM80 seminggu tu"
Hehehe, ni selalu untuk siapa-siapa yang ada habit drive laju2, menurut kajian, penggunaan minyak akan bertambah sekiranya memandu lebih 100km/j. saya pun dah buat ujikaji sendiri, yup, kalau bawak laju, memang budget minyak saya akan lari..
Mahukan tips penjimatan lagi? nanti kan post terbaru dari eLQirani!
Salam Kejayaan dari eLQirani-Reload