Wednesday, May 12, 2010

5 cara berkesan untuk promote web anda


Salam dari eLQirani, okay, untuk kali ni, eLQirani nak berkongsi cara untuk promote web anda. Bagaimana ye? ok jom kita lihat~~

1. Anjurkan pertandingan atau cabutan bertuah dan sewaktu dengannya. Cara ini amat berkesan untuk promote web anda. Anda boleh war-warkan web anda di blog2 yang menyenaraikan contest2 semasa. Bawa2 bertanya pada para peserta sama ada mereka menerima offer dari anda dalam bisness anda melalui email2 yang akan anda lampirkan dari masa ke semasa

2. Gunakan chat online untuk promote web anda. Pastikan anda me-war-war-kan web anda di chat room yang betul. Buat pengumuman pada semua di chat room mengenai sesuatu yang menarik dan percuma yang ada dapat tawarkan. Ini akan menarik minat pengunjung ke web anda. P/s: pastikan anda tahu mengenai terma&syarat chat room before me-war-war-kan apa2. jangan sampai anda kena block =)

3. Promote web anda di web yang lain. cari web lain yang boleh anda jadikan platform untuk promote web anda. Lagi bagus, dapatkan web yang hala tuju nya sama dengan anda. target pengunjung juga adalah dari golongan yang sama. tapi, yang penting, elakkan promote produk yang sama dengan web yang bakal anda jadikan platform. adik-beradik? takkan nak berebut kan? =) 
Sama-sama membantu promote produk-produk lain juga akan meningkatkan keuntungan anda. Banyak je web yang boleh anda jadikan platform kan? berusaha!

4. Mudahnya untuk anda promote web menggunakan traffic generator. mungkin anda boleh cuba promote web anda dengan menggunakan e-book? Kebanyakan e-book akan disertakan dengan alamat2 web. Mungkin ini adalah satu altenatif untuk anda promote melalui pengiklanan? anda semestinya boleh promote web anda melalui blogger2 dan pengguna2 web yang lain.

5.Menghantar dan aktif di dalam forum juga antara alternatif yang boleh anda gunakan dalam promote web anda. sertakan 'signature' anda yang mengandungi alamat web anda. pasti ada yang akan terbuka hati melihat dan meninjau apa yang menarik dalam web anda.


Salam Kejayaan dari eLQirani-Reload





    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails