Thursday, January 20, 2011

Promosi 'Jom Balik ke Ipoh'


JOM BALIK KE IPOH!

Salam sayang dari saya buat anda semua!
Apa khabar? Pada students yang akan bercuti, selamat bercuti, jaga diri elok2 kerana anda adalah pemimpin akan datang.

Buat rakan-rakan yang berkerja, selamat berkerja. kerja rajin2, mudah-mudahan apa yang dikerjakan mendapat keberkatan dari Nya~

Okey, sempena saya dapat bercuti ke Ipoh, kampung halaman ku yang tercinta~
Dengan gembiranya, saya mahu umumkan:

Promosi pakej pendaftaran untuk menjadi Agen topup di eLQirani!! hanya RM10!!! 

 
Khas untuk 10 orang pertama yang mendaftar!
"Untuk Pakej AGEN sahaja"
Rebut sebelum terlambat!!

Mudah-mudahan anda turut berkongsi kegembiraan bersama-sama dengan eLQirani!
Untuk mendaftar menjadi agen topup, sila rujuk sini:

Tips hangat untuk berjimat:
4 cara berjimat sehingga RM500 sebulan
  •  Isi minyak kereta bila tangki hampir kosong sehingga penuh.

Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan masa dan duit minyak.

Kebiasaannya, orang takut nak isi minyak penuh-penuh. Jadi, kita akan isi sedikit-sedikit.

MASALAH: Bila anda dapati, anda sebenarnya membazirkan masa, tenaga dan wang anda apabila anda terpaksa mengisi sehingga berkali-kali.

CONTOH: Untuk sebulan, anda perlu mengisi penuh kereta anda sebanyak 2 kali. Untuk ke Petronas (atau pam minyak lain), anda perlu berbelanja RM10 (duit minyak pergi balik), jadi, total anda hanya perlu belanjakan RM20 sahaja sebulan. 
PERBANDINGAN: Anda isi sikit-sikit, katakan anda perlu mengisi minyak sebanyak 10 kali. Kita ambil kira-kira yang sama seperti di atas, RM10 untuk duit minyak. Untuk 10 kali, anda telah keluarkan RM100. Iaitu pembaziran RM80!!

  •  Topup 3 bulan sekali

Saya dan anda umumnya tahu bahawa kini ada kemudahan topup secara online. Tapi, tahukah anda, sebenarnya masih ramai lagi yang beli topup di kedai-kedai?

CONTOH: Katakan kos untuk ke kedai topup ialah RM10 (pergi balik). Biasanya orang akan topup sikit-sikit. Jadi, dalam sebulan, sekali topup RM10, umummnya orang akan pakai RM50 sebulan. (ini yang biasa, tidak terlalu jimat, dan tidak terlalu tinggi penggunaan)

MASALAH: Dalam sebulan kita akan ke kedai sebanyak 5 kali. Dalam sebulan, kita akan keluar belanja RM50. Itu untuk bayar minyak sahaja.

PERBANDINGAN: Bagaimana kalau anda hanya topup 3 bulan sekali sahaja? Bermakna, anda hanya akan keluarkan belanja perjalanan, sekali sahaja. Anda topup RM100 ke RM200, dan ianya dapat bertahan sehingga 3 ke 4 bulan. Kadang-kadang, pada hari-hari perayaan, bila kita topup nilai yang tinggi kita akan dapat RM30 ke RM50 topup percuma. (jimat lagi).

Berbanding topup sikit-sikit, kos anda hanyalah RM10 sahaja. Kalau tiga bulan, RM150 (topup sikit-sikit). Bermakna purata sebulan anda dapat jimat ialah hampir RM50
PSSSTT: Bagaimana pula anda pula yang menjadi agen topup? dan dapat membeli topup dengan harga yang lebih murah? topup menggunakan HP pula tu? dah dapat jimat masa, duit minyak, dan dapat beli topup dengan harga yang murah.
  • Membeli belah ketika kenyang

Saya pernah membeli belah ketika perut kosong. Saya juga, pernah membeli belah ketika dah kenyang.

CONTOH: Biasanya, bila shopping, sesiapa yang mempunyai keluarga akan membawa isteri/suami dan anak-anak. Jadi, katakan anda tengah lapar ketika itu, bayangkanlah ragam anak-anak. (Papa, Mama, nak itu, nak ini...)

Berhenti makan, itu ini, makan, dah kenyang.. Eh pulak dah, diorang nak cepat balik. Barang yang nak dibeli belum beli lagi ni.. dah rugi minyak & masa..

Daripada situ sahaja dah tak dapat jimat banyak.

Biasanya, purata beli belah (sebulan sekali), perbelanjaan sehingga RM250. Barang dapur dan keperluan.

PERBANDINGAN: Cuba anda membeli belah ketika kenyang pula, anak kurang meminta dan anda akan dapati anda hanya berbelanja sekitar RM100 sahaja. Perbezaannya RM150? Banyak tu.

Cuba anda kaji, rupanya, saya banyak beli benda yang tak diperlukan ketika lapar.
  • Tips makan di luar

Bestnya makan di luar! Bagi yang dah berkeluarga, ia ibarat berikan cuti kepada si isteri. Namun, nak makan kat luar ada strateginya.

Apa yang perlu anda buat:

1.Order makanan yang susah nak dimasak di rumah
2.Minum air suam (Good for your health!)

Kebiasaanya, kawan-kawan kita dan kita sendiri akan order: nasi goreng, nasi goreng kampung.
Sedapnya! tapi.. macam tak best lak

Bukan apa, masakan tadi  itu, adik anda pun boleh masak. Lagipun, dah ada perencah nasi goreng Adabi. Senang je nak masak nasi goreng.

Bila makan kat luar, makanlah sesuatu yang istimewa. Seperti mi bandung, chicken chop, ikan tiga rasa dan lain-lain. Yang mana, ianya susah sikit la nak dimasak di rumah.
(Mungkin kerana perlukan bahan-bahan yang banyak) 
Tak lupa juga, kalau anda perasan, bila anda order air suam, anda akan rasa kelainan. Banyak sangat pernjimatan yang dapat dibuat.
Betul tak?

Moga ianya bermanfaat buat anda. Kalau anda ada tip-tip berjimat yang lain, jom la berkongsi!

Rujukan: Jamil





Salam Kejayaan dari eLQirani-Reload



    1 comment:

    LinkWithin

    Related Posts with Thumbnails