Hari ini sudah raya ke 5, macam mana?
Meriah tak?
tak menang tangan di buat nya membalas SMS-SMS raya dari rakan-rakan, sahabat-sahabat, rakan kerja, ahli keluarga dan sebagainya.
Terima kasih sangat2, saya sangat menghargainya.
Buat mereka yang memberi ucapan raya, sekiranya tak di balas, maaf sangat2 ya~
Buat
Rakan Niaga saya, Terima Kasih kerana setia bersama saya!
Buat
Pelanggan saya, Terima Kasih kerana membeli e-reload dari eLQirani~
Tanpa anda, siapalah saya
Okay, kali ini saya nak bertanya pada anda semua,
Sedekah itu merugikan?
memeranjatkan,
YA! ada yang berkata sedekah itu merugikan, kenapa?
kerana mereka akan memberi alasan yang mereka sendiri
belum ada kewangan yang kukuh.
Soalan saya: benarkah begitu?
TIPS 1:
Semakin kita bersedekah, semakin banyak rezeki yang kita akan terima.
Bila kita bersedekah, penerima sedekah akan mendoakan kita.
kita akan sentiasa disenangi orang sekeliling.
tidak mahukah anda dengan keadaan ini?
tapi anda perlu bersedekah niatkan kerana Yang Esa, jangan semata-mata mengejar nama pula =)
TIPS 2:
Dalam tiap rezeki kita ada hak orang lain.
Tiap rezeki yang kita terima, ada hak orang lain, hak terhadap keluarga, diri sendiri dan lain-lain.
kita jangan lupa akan insan lain di saat kita mempunyai rezeki..
kerana Dunia ini bagaikan roda,
sekelip mata kita boleh berada di atas,
dan sekelip mata juga, kita boleh berada di bawah.
Sampai sini sahaja coretan ringkas saya.
P/s: anda kenal
Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary?
JUTAWAN Melayu Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary adalah
seorang yang perahsia. Jarang sekali, beliau ingin berkongsi kisah
peribadinya dan lebih banyak tersenyum dan memerhati.
Mokhtar
merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di
Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta
bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh
terkaya di Malaysia pada 2005.
Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951, beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.
Beliau
yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam
perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan,
infrastruktur dan pelabuhan.
Usahawan Melayu terkaya berusia 58,
juga dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009 dan
tersenarai antara 10 lelaki terkaya di Malaysia.
Pemilihannya
dibuat berdasarkan pelbagai kejayaan yang ditempa selama 43 tahun di
dalam bidang perniagaan selain sumbangan amalnya.
Syed Mokhtar
pernah dipilih sebagai Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1429
Hijrah/2008 Masihi, menjadikan beliau individu Melayu kelima menerima
anugerah berkenaan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2005.
|
Jom beli topup dengan harga yang lebih murah! |
|
JIWA DERMAWAN DIPUPUK IBU AYAH
Sifat dermawan dalam diri Syed Mokhtar dipupuk oleh bapanya, Syed Nor AlBukhary dan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat.
Kisah
hidupnya bermula ketika membantu ibu bapanya berniaga lembu sekitar
1960-an sebelum beralih kepada perniagaan perkhidmatan lori pada 1970-an
selepas mendapat bantuan Majlis Amanah Rakyat (Mara).
Daripada
perniagaan lori, anak muda yang ketika itu masih pada usia awal 20-an
mula berniaga beras secara kecil-kecilan. Pendapatan pertama daripada
perniagaan diusahakan sendiri yang dibawa balik ke rumah ialah sebanyak
RM1,500. Pada 1970-an, jumlah itu agak lumayan dan pastinya hati begitu
gembira dengan wang sebanyak itu.
Namun, apabila ibunya
memberitahu bahawa setengah daripada pendapatan itu digunakan untuk adik
yang lain, sementara setengahnya pula perlu diberi kepada 15 keluarga
miskin, Syed Mokhtar tidak membantah.
Masa
beliau bawa balik pendapatan pertama, ibunya beritahu RM750 akan
digunakan untuk adik dan RM750 lagi kena bagi pada 15 keluarga jiran
yang susah, orang tua dan lain-lain. Setengah pendapatan itu diambil
ibunya untuk beri orang yang kurang kemampuan.
Dari situlah jiwa
dermawan dipupuk ibu bapa. Walaupun dari segi hukum, zakat pendapatan
hanya 2.5 peratus, tetapi pendapatan Syed Mokhtar diambil 50 peratus.
Selebihnya diberi kepada 15 keluarga dan sehingga kini beliau masih
meneruskan amalan jariah membantu 15 keluarga berkenaan.
Kawan
beliau, Syed Abdullah yang ditugaskan mengagih wang itu sejak mula pun
sudah bercucu. Namun hingga kini beliau masih melaksanakan tanggungjawab
itu. Dan lori serta syarikat berasnya masih beroperasi di Kedah.
Ramai
yang tidak mengetahui Syed Mokhtar hanya sempat tamatkan pendidikan
sehingga Tingkatan Lima, tetapi tidak berpeluang mengambil Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) kerana tidak mempunyai wang untuk membayar
yuran peperiksaan.
Kisah yang dilalui pada zaman sekolah ini
mendorong beliau untuk menjayakan Program Tuisyen Albukhary pada 2001.
Ketika itu, perniagaan yang dimulakan sejak 30 tahun lalu berbekalkan
jerit perih sudah maju dan berkembang pesat dan Yayasan Albukhary sudah
ditubuhkan sejak 1996.
YAYASAN ALBUKHARY
Matlamat
penubuhan yayasan itu sebagai memenuhi impian orang tua, terutama ibu
yang mendidik beliau mencari rezeki bukan saja untuk diri sendiri tapi
membangunkan ummah dan membantu golongan miskin.
Walaupun tidak
dapat peluang melanjutkan pelajaran, Syed Mokhtar sedar kejayaannya pada
hari ini kerana berjaya dalam bidang perniagaan. Atas kesedaran ini,
beliau terfikir untuk memberi budak kampung yang miskin dan kurang
cerdik mengikuti tuisyen secara percuma.
Guru yang mengajar
digajikan satu jam RM40 untuk ajar budak-budak dalam mata pelajaran
Sains, Matematik dan subjek lain yang mereka tidak mahir. Pusat tuisyen
sudah berjalan empat tahun dan 22,000 pelajar sudah mendapat manfaat
untuk maju dalam pelajaran.
Bukan setakat itu saja, Syed Mokhtar
turut menyediakan Biasiswa Albukhary kepada pelajar miskin yang cerdik
daripada 47 negara yang umat Islamnya adalah kumpulan minoriti untuk
melanjutkan pengajian pada peringkat universiti.
Biasiswa
Albukhary, program pendidikan antarabangsa itu sudah berjasa kepada 372
pelajar yang ada antara mereka cemerlang di persada antarabangsa.
Selain
bidang pendidikan, Yayasan Albukhary turut mengambil tanggungjawab
membina masjid dan memastikan pengurusannya berjalan lancar. Setakat
ini, yayasan itu sudah membina 20 masjid di bandar dan luar bandar di
seluruh negara.
Ayah kepada empat orang anak ini mengambil
inisiatif membaik pulih Masjid Negara yang menjadi satu daripada
destinasi pelancongan negara supaya sentiasa terang dan bercahaya
seperti cerahnya Muzium Kesenian Islam Malaysia yang didirikan yayasan,
bersebelahan Masjid Negara.
Daripada muzium, masjid, perniagaan
berkembang dan rezeki Syed Mokhtar bertambah. Berkat dengar nasihat ibu,
setengah kena bagi balik, beliau mendapat keinsafan.
Keinsafan
itu juga mendorongnya membina Kompleks Albukhary di Kedah yang
menempatkan rumah anak yatim, hospital dan pusat dialisis yang semuanya
diberi secara percuma kepada golongan kurang berkemampuan supaya mereka
dapat hidup selesa.
Syed Mokhtar berkata, semua yang dilakukan
datang daripada jiwa dan didikan asal ibu bapa, selain gerak hatinya,
ikhlas kerana Allah.
Semua yang dilakukan dengan niat satu tujuan untuk membantu mereka yang memerlukan.
Atas
inisiatif beliau juga, beliau memohon kuota haji untuk menghantar
kumpulan yang difikirkannya sudah layak, tetapi tidak berkesempatan
menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah kerana tidak mempunyai wang
seperti imam, bilal dan siak masjid.
Hartawan berusia 58 tahun
itu berkata, beliau tidak pernah melihat dirinya seorang yang kaya
kerana prinsip beliau ialah manusia ini hamba Allah dan Allah Yang Maha
Kaya. Segala usaha, pelbagai dugaan serta cabaran dilalui sejak lebih 40
tahun lalu baginya adalah rezeki Allah. Dan rezeki itu dikongsi bersama
67,700 tenaga kerjanya.
Bagi Syed Mokhtar, jika seseorang itu
rajin berusaha, dengan izin Allah mereka akan berjaya. Jadi, jika
sesiapa bertanyakan apakah resipi kejayaan, jawapannya ialah menggunakan
nikmat Allah untuk faedah orang ramai terutama dalam pencarian ilmu.
Beliau
pernah dipetik berkata, "Saya bersyukur saya sudah rasa semua nikmat
Allah melainkan mati, belum rasa lagi. Saya sudah dapat lebih, apa lagi
yang saya hendak. Jadi, apabila Allah beri, kita perlu gunakan nikmat
itu untuk faedah orang ramai.
"Apabila melihat pertubuhan
Kristian, Buddha dan wat Siam yang banyak di Kedah, saya terfikir kenapa
kita orang Islam tidak boleh berkembang. Alhamdulillah, saya dapat buat
semua dan berkembang seperti hari ini, walaupun terpaksa melalui pahit
maung," kata Syed Mokhtar.
Kini, Yayasan Albukhary yang diasaskan
Syed Mokhtar berjaya memartabatkan Malaysia sebagai negara prihatin
yang sentiasa membantu masyarakat dibelenggui kemiskinan, perang saudara
dan bencana alam.
ANAK KELAHIRAN DEB
Kejayaan yang dinikmati Syed Mokhtar adalah hasil daripada langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).
Kata
beliau, DEB telah memberi peluang kepadanya untuk bersaing dengan kaum
lain dan seterusnya membuktikan bahawa anak Melayu juga mampu muncul
sebagai konglomerat berjaya di pentas antarabangsa.
"Saya adalah
anak kelahiran DEB. Melalui bantuan Majlis Amanah Rakyat (Mara) serta
UDA saya mengembangkan perniagaan tetapi terpaksa melalui proses pahit
maung dahulu.
"Tiada jalan singkat untuk berjaya walaupun dengan
bantuan kerajaan. Bumiputera harus mengambil peluang ini dan membuktikan
mereka juga mampu berjaya," katanya.
Ketika ditanya sumbangan
amalnya selepas mengumpul pelbagai anugerah, Syed Mokhtar berkata,
rezeki yang diperolehinya digunakan untuk kebajikan lebih 67,800
kakitangan Kumpulan Albukhary dan selebihnya membantu golongan miskin.
Kesempitan
hidup yang terpaksa dilaluinya ketika zaman kanak-kanak menyebabkan
beliau kini berusaha membantu golongan yang memerlukan terutama pelajar
dan anak-anak yatim.
BINA 7 MASJID BARU DI NEGERI SEMBILAN
Umat
Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid baru tidak lama
lagi hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan tersohor
ini.
Tujuh masjid itu akan dibina di Rantau; Seremban 2; Kampung
Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah,
Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir.
Beliau berkata, pembinaan
masjid di Rantau berharga kira-kira RM7.9 juta yang boleh menampung
2,500 jemaah akan dibina menerusi derma dan sumbangan Yayasan Albukhary
di Taman Ekar.
Masjid
Seremban 2 pula berharga kira-kira RM7.5 juta dan mampu menampung 3,000
jemaah akan dibina menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan
Perdana Menteri (JPM).
DARI BIDANG PENGANGKUTAN KE TOKOH KORPORAT
Pada
tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang
telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh
korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.
Karier
perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri
Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang
pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang
bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi
terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.
Tidak lama
kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang
telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta
di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan
terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.
Syed Mokhtar juga
merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group
Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik
Bakun.
Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam
beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining
Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff
Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian
Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.
MMC
telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek
landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ia dibekukan
oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga
dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang
Antarabangsa Senai, Johor.
Nama Tan Sri Syed Mokhtar turut tersenarai dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini.
Syed
Mokhtar dilaporkan mempunyai kekayaan AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion).
Meskipun susut dari AS$1.8 bilion (RM6.32 bilion) pada tahun lalu,
beliau masih mengekalkan kedudukan di tempat ke-8 dalam senarai '40
Individu Paling Kaya di Malaysia' tahun ini.
Walaupun menjadi
hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimilikki beliau
membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah.
Malah, Syed Mokhtar mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan.
"Kadang-kadang
nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya
nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Albukhary menjadi tempat untuk
menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita," pesan Syed
Mokhtar.
P/s: apa pendapat anda? adakah sedekah itu merugikan?
Salam Kejayaan dari eLQirani-Reload
http://elqirani-reload.blogspot.com/p/pengenalan.html
No comments:
Post a Comment