Showing posts with label Tips Dan Kaedah. Show all posts
Showing posts with label Tips Dan Kaedah. Show all posts

Monday, June 27, 2011

Inginkan perancangan kewangan harian yang memudahkan?

Salam para agen dan buat pengunjung yang saya sayangi,

Maaf lama tak update blog ini, bukan bermakna sudah berhenti memberi khidmat pada anda semua, tetapi terikat dengan beberapa perkara dan tugasan pejabat.

Cuma saya ingin ceritakan di sini, baru2 ini sy telah bgerak ke SK Pendas Laut, Gelang Patah Johor dgn menaiki bot untuk menyampaikan sumbangan komputer dan printer kepada pihak sekolah.

Nak tahu apa yang menarik?
  • Cikgu2 di sana flexible/serba boleh
Seperti mana yang anda semua tahu, tugas guru adalah mendidik dan mengajar anak2 muridnya. tapi apa yang sy perhatikan di sekolah ini, cgu2 disini serba boleh, mereka boleh bertindak sebagai orang yang mendidik pelajar, serta mereka juga boleh bertindak sebagai orang yang menguruskan sekolah. tidak ada banyak kemudahan di situ,

sy bg contoh: bumbung sekolah rosak. Guru besar sendiri yang membaiki bumbung sekolah. (GURU BESAR??)
Persoalan:  
mampukah kita buat lebih dari apa yang diamanahkan kepada kita?
banyak lagi perkara lain yang saya ingin kongsikan, tetapi takut melalut pula. =P

saya kongsikan gambar kenangan kami di sekolah:

Saya bersama guru dan pelajar2 SK Pendas Laut, Gelang Patah, Johor

Amacham? ceria x mereka? saya doakan mereka semua suksess dan berjaya dalam kehidupan mereka semua
^__^

Ok, back to topic asal,

anda inginkan perancangan kewangan harian?
saya berikan KHAS buat anda semua secara PERCUMA!!

Hanya SMS saya Nama dan Email anda di 013-7319834. 
atau anda boleh emailkan pada saya tentang hal ini! 
saya akan beri template dalam bentuk Microsoft Excel ini terus ke email anda.

P/s: untuk pengetahuan anda semua, saya sendiri sedang gunakan template ini.
Mudah-mudahan ianya dapat memudahkan anda semua.
Insyaallah.

ENJOYS!



Salam Kejayaan dari eLQirani-Reload



    Tuesday, March 1, 2011

    Sharing - Kisah Sifu Saya


    Salam sejatera semua,

    Kita sambung mengenai pembabitan saya didalam perniagaan tunetalk-toneexcel ini. Mudah2an ada yang boleh dijadikan panduan dan sempadan.

    Saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kisah pembabitan seorang sifu saya yang mengajar saya tentang erti perniagaan. orangnya amat rendah diri walaupun income nya mencecah rm puluh ribu sebulan, ingat tak?
    saya pernah katakan, dia yang lapkan meja makan saya ketika waiter xmahu mengelap/clear-kan meja makan kami. tak ingat? jom kita preview kisah yang lalu nanti~


    okay, ini kisah berkenaan En Mazelan Abas, seorang usahawan berjaya yang masih mengekalkan kerendahaan diri nya, tidak bongkak dan suka bercerita dan share kepada orang lain, kita ikuti kisah nya:


    Hari pertama saya menyertai perniagaan ini, lebih kurang pukul 5 petang pada 15.7.2010.

    Malamnya selepas isyak saya call sahabat yang sponsor saya, tanya 1001 soalan mengenai perniagaan ini, macamana itu dan macamana ini, dan selebihnya saya cari sendiri jawapannya di internet. Sorang-sorang cari jawapan, search sana dan sini, dan pada pukul 2 pagi saya mula buat website saya yang pertama mengenai tunetalk-toneexcel ini, (memang maklumat yang ada, kebanyakkannya tak berapa tepat) malam tu saya tak tidur sampai pagi, selepas subuh sambung semula buat website dan lebih kurang pukul 10 pagi (16.7.2010) website saya telah siap. http://tunetalk.ws (menggunakan hosting GDI),

    Pukul 11 pagi iklan saya telah mula menjalar didalam facebook. Pukul 12 tgh, saya mula mengarang tiga email kempen untuk dimasukkan kedalam autoresponder saya ( menggunakan Trafficwave ) dimana saya memiliki beberapa ribu subscribers didalamnya. Setelah selesai dimasukkan barulah saya tidur pada pukul 2.00 petang. Petang baru bangun, dan malamnya saya bersiap untuk pergi ke pantai timur kerana mengadakan kursus bina website. Tetapi selepas itu setiap hari paling kurang sekali saya tembak didalam wall Home dan 20 groups facebook. Itu perkara yang saya lakukan setiap hari selama sebulan. Ia mengambil masa selama 15-20 minit utk saya melakukannya.

    Respon diperingkat permulaan agak memberangsangkan, dalam minggu pertama sahaja saya dapat menjual 423 keping simkad secara offlfine dan online. Untuk tempahan dari internet saya poskan menggunakan pos ekspres, yang datang jumpa saya, saya serahkan by hand. Sehingga hari ini saya sudah mengedarkan beberapa ribu keping simkad tersebut.

    Dalam pada masa tersebut, terdapat beberapa nama besar didalam dunia internet marketing tempatan seperti Aridz, Mohd Syukri, Robert-Yash, telah mendaftar menyertai perniagaan ini, maka secara mendadak ia telah memberi kesan yang amat besar kepada perkembangan perniagaan ToneExcel. Sehinggakan CEO dan keseluruh Directors ToneExcel secara pribadi mengucapkan terima kasih dan syabas kepada group internet marketer yang memberi impact yang amat besar terhadap perniagaan ini.

    Saya disini juga ingin merakamkan setinggi-tinggi perhargaan dan ucapan syabas kepada mereka kerana menjadi perintis teknik online internet marketing didalam pembangunan perniagaan ToneExcel.

    Seperti biasa, saya akan membetulkan 'attitude' dalam menjalankan apa jua perniagaan, samada online atau offline. Kerana perniagaan seperti ini anda akan terjumpa berbagai-bagai rintangan.

    Attitude yang pertama: "Rajin dan consisten" Iaitu istiqomah dan sentiasa membuat promosi.
    Bila bersimbang dengan rakan-rakan cerita tunetalk, chat dalam YM cerita tunetalk, sembang di Skype cerita tunetalk, rakan-rakan datang berjumpa saya, saya cerita tunetalk, rakan-rakan ajak belanja makan cerita tunetalk, jiran-jiran ajak sembang petang-petang cerita tunetalk, kemana sahaja saya akan bercerita pasal tunetalk. Non-stop.

    Attitude yang kedua: Saya hanya bercerita kepada orang yang nak dengar, orang cakap "NO" saya cakap "NEXT". Itu sahaja.

    Biasalah, kita jumpa macam-macam ragam manusia, ada yang tanya bukan-bukan punya soalan. Contohnya ada yang tanya:
    "En Mazelan, tunetalk ni ada lesen meniaga tak, boleh tunjukkan kepada saya"
    Saya akan jawab "tak ada"

    "En. Mazelan, katanya celcom pegang saham tunetalk 35%, boleh tunjukkan buktinya tak?"
    Saya akan jawab "Tak ada"

    "En. Mazelan boleh tunjukkan bukti yang toneexcel bayar kedalam akaun En Mazelan tak, sebab takut, bila buat nanti mereka tak bayar?"
    Saya jawab "Memang mereka tak bayar"

    "Habis mengapa En Mazelan buat juga bisnes tunetalk-toneexcel ni"
    Saya jawab " Sebab saya cadangkan awak jangan join bisnes ni"

    - Sebenarnya Sebab utama saya tak ada masa untuk jawab soalan-soalan yang susah macam ni.
    - Sebab guru saya mengajar waktu sekolah dulu, kalau jawab soalan periksa, jawab soalan senang dulu, tinggalkan soalan susah.

    Saya tak ada masa untuk melayan seseorang yang sebegitu, banyak sangat pantang larang untuk mereka merebut sesuatu peluang. Ramai lagi orang diluar sana yang akan nampak ini merupakan suatu peluang keemasan untuk mereka menyambarnya. Jika saya layan, akan banyaklah masa saya akan terbazir, sedangkan masih ramai, malah berjuta-juta yang berfikiran positif sedang menunggu kita untuk buka mulut sahaja kepada mereka, dan mereka akan ambil peluang ini. Kan jimat masa.

    Orang berjaya hanya melihat peluang, orang gagal hanya melihat alasan.

    Heran juga saya, masa kita naik kapal terbang, tak pulak kita mintak bukti samada pilot tu betul-betul ada sijil bawa kapal terbang ke tidak. Kalau ada, adakah sijil yang dikeluarkan oleh sekolah memandu tu original atau tidak. Tak tanya ke, sekolah memandu tu ada lesen tak. Tak pulak tanya, samada trainer yang mengajar pilot tu ada certificate ke tidak. Kesudahnya jenuh... sampai bila tak naik kapal terbang tu.

    Ini semua soalan-soalan yang datang daripada orang yang tak mahu buat bisnes, jangan bergaduh dengan mereka, jangan cuba nak menjawab soalan mereka, jangan buang masa pergi ke toneexcel dan minta mereka copy kan sijil perniagaan mereka, jangan membazirkan tenaga kita pergi ke celcom minta celcom bagi MOU dengan tunetalk. Buang maso - kata orang negeri sembilan - Tinggalkan mereka dengan cara baik. Habis cerita.

    Saya habiskan banyak masa hanya untuk buat promosi, promosi dan promosi. Serta saya luangkan masa kepada sahabat-sahabat yang betul-betul nak buat. Itu sahaja. Sebab dengan mereka ini akan akan berjaya bersama-sama kita kalau kita semua consisten.

    Jadi kepada anda semua, jika masih belum melawat website saya ini, saya cadangkan luangkan masa sedikit dan cuba kaji.

    http://toneexcel.biz/index.php?id=35298

    Cuba lihat samada ada peluang didalamnya seperti mana yang saya lihat. Saya lihat ia merupakan perniagaan yang amat baik, sangat berpotensi, resiko rendah, dan peluang untuk kita menjana pendapatan yang besar dengan modal yang sangat kecil dalam jangka masa dua tiga tahun.



    Okay, jumpa di lain hari untuk cerita lain.



    Salam Kejayaan dari eLQirani-Reload



      Sunday, February 13, 2011

      Sharing for today - Bisness apa yang okay ye?


      Salam kejayaan semua,

      saya mendapat macam2 feedback on previous post on SIMCARD TUNETALK TONEEXCEL,
      jom kita tengok apa apa yang saya tulis di SINI

      okay,
      hari Khamis, 10 Feb 2011 yg lalu, saya bertemu En Mazelan Abas,
      beliau top in bisness, kelakar juga, sebab actually saya xkenal dia langsung,
      saya just nak dapatkan maklumat lanjut in SIMCARD TUNETALK TONEEXCEL, xkesah la dia tu siapa, asalkan saya nak kan info pasal SIMCARD TUNETALK TONEEXCEL,

      yelah, demi customer dan agen saya, saya perlu pastikan produk saya ni betul2 boleh dipercayai dan bawa kebaikan pada semua orang. anda pun nak macam tu kan? =)

      okay, bila saya jumpa dia, orang nya biasa, sangat humble, xde pula penampilan dia bagai nak rak, mahal bagai nak gila.. orangnya sangat biasa (masa tu baru saya tau, income dia sebulan berpuluh ribu kot, ni orang lain yang datang berjumpa dengan dia yang cakap, member lama dia la tu). and yet dia sangat humble, dia yang lapkan meja makan kami yang ada air. terkejut saya dibuat nya =)

      saya memperkenalkan diri.. dan mendengar apa yang dia ingin katakan..

      ni antara sejarah awal TuneTalk ToneExcel:

      1. Pada hari Khamis 5/8/2010 yang lalu saya menghadirkan diri di pelancaran TuneTalk-ToneExcel yang diadakan di Hotel Sunway, Petaling Jaya. Beberapa orang Tan Sri, Dato'-Dato' dan wakil dari TuneTalk sendiri, termasuk live telecast dengan CEO TuneTalk Jason Lo yang ketika itu berada di US.
      2. Dari pengamatan saya penggerak Tunetalk-ToneExcel ini 50% Chinese, 25% Indian dan 25% Malay. Itu hanya berdasarkan pengamatan saya sahaja, dan mungkin ia betul dan mungkin ia tersilap. Dah menjadi kebiasaan kaum cina merupakan golongan yang pakar menghidu pengluang perniagaan, dan itu kita tidak boleh nafikan kelebihan mereka.
      3. Tunetalk di lancarkan pada bulan August 2009,
      4. http://www.horlic.com/latest-prepaid-plan-tune-talk-launch-on-august-19/
      5. ToneExcel mengambil bahagian untuk menyebarkan Tunetalk secara referal program pada bulan April 2010. Semenjak dari tarikh tersebut sehingga hari ini, ToneExcel dapat menjual lebih kurang 30,000 SIMkad yang mempunyai referal program.
      6. Sudah terdapat 15 buah kedai di shoplot2 dan shopping komplet yang dibuka oleh para peniaga sendirian khas untuk menjual prepaid tunetalk-toneexcel seluruh Malaysia ketika ini. Tak tahu kenapa mereka sanggup keluar duit sendiri untuk buka booth.
      7. Saya terkejut, kalau dalam masa sebegitu singkat mereka boleh menjual sebanyak itu, saya berani katakan dalam tempoh 2 tahun, TuneTalk akan menguasai pasaran prepaid di negara kita dan akan meninggalkan jauh Maxis, Celcom, Digi, dan sewaktu dengannya. Just mark my word.
      8. Saya baru menyertai Tunetalk-ToneExcel ini lebih kurang tiga minggu yang lepas, (artikel ini ditulis pada 7.8.2010) dan dalam tempoh tersebut saya telah dapat menjual lebih kurang 400 SIMKad  TuneTalk.
      9. Program mereka mudah, jual simkad pada orang lain, dan sekiranyanya orang tersebut top-up kita akan mendapat komisyen. Mereka boleh top-up dimana-mana sekali pun, bukan dengan kita, di 7Eleven, stesyen minyak, kedai2 top-up. Jika seumur hidup mereka menggunakan simkad tersebut, maka seumur hiduplah kita akan mendapat komisyen. Komisyen pulak sehigga 3 level. Banyak tu. 

      Antara point yang berjaya saya catatkan disini (ni apa yang dikatakan oleh beliau) yang buat saya membuka minda saya ialah:
      1. Saya teringat ketika seorang sahabat saya (Abang Ishak) datang memperkenalkan satu peluang perniagaan kepada saya, saya masa tu tak tahu dan tak mahu tahu produk apa yang ingin ditawarkan kepada saya, sebabnya termasuk dia, sudah terlalu ramai orang yang menawarkan perniagaan itu dan ini, ada yang masukkan dan bayarkan secara senyap, pun ada macam tu. Ada yang maintainkan saya dalam program perniagaan mereka tanpa saya ketahui, sebab itu tiap2 bulan ada sahaja barangan  yang datang ke rumah saya. Secara ringkas disini saya petik perbualan dia dengan saya:
      • Saya tanya dia, bisnes ni berapa nak start bang?
      • Dia jawab RM70 je.
      • Saya tanya dia, berapa nak kena maintain bang?
      • Dia jawab RM40 je.
      • Saya tanya soalan terakhir dan cepu emas, "Bang, katalah di takdirkan abang tak dapat downline dalam bisnes ni seumur hidup, abang rasa beban tak untuk maintain setiap bulan?
      • Dia jawab " Nak beban apa Lan, ini produk prepaid untuk hp, buat panggilan talipon, kalau tak pun memang saya duk bayaq tiap2 bulan duit handphone, lebih seratuih setiap bulan, apa nak rasa beban kalau maintain RM40 !!"
      • Oh! Ya ka? Nak top up kat mana, downline nak top-up dengan saya ka? (Soalan tambahan)
      • Dia jawab " Topup pi la kat mana pun, semua kedai la ni ada jual top-up Tunetalk"
      1. Itulah kali pertama saya dengar tunetalk, rupanya Tony Fernedes punya idea, memang kepala hotak dia ligat macam gasing. Memang saya selute dia punya perancangan dalam busines. Tengok saje la bagaimana dia conquer pasaran penerbangan, pergi LCCT penuh sesak orang macam kat pudu raya, pi KLIA, selak-selak counter baru jumpa orang. Tengok macamana dia manage TuneHotel, tak pernah ada kosong, baik nasib mereka tak buat banyak hotel di seluruh Malaysia ni, kalau tidak, tergugat hotel2 yang lain. Sekarang Tunetalk is coming, Others!! better watch out.
      2. Singkatkan cerita saya suruh Abang Ishak ambil form dan waktu tu juga saya beli simkad tunetalk dan register sebagai ahli. Done, now i am here.
      Komen En Mazelan tentang bisness: 
      1. Saya telah menyertai banyak program bisnes online ini dan kebanyakkannya di masukkan oleh orang lain, tapi saya tak gerakkan sahaja. Sebab saya tak berminat. Apa yang menyebabkan saya tidak berminat.
      • 1. Maintain yang tinggi dan ini akan menyusahkan downline kita jika mereka tidak dapat mengembangkan perniagaan mereka. Mereka nak buat bisnes ni supaya mereka dapat kurangkan beban kewangan mereka, tapi jika kena maintain tetapi tak dapat hasil, ini bukan kurangkan beban, tapi tambahkan beban mereka dan itu saya tak sanggup sama sekali.
      • 2. Ramai yang mengadu buat itu tak jadi, buat ini tak jadi, duit makin habis, maintain dah tak larat, masalahnya mereka tak tahu mencari perniagaan yang sesuai, dan kali ini saya bantu carikan bisnes yang sesuai.

      1. Tapi ada yang kata, kan En Mazelan dah buat bisnes GDI, saya kata GDI bukan bisnes, GDI adalah webhosting tempat saya melancarkan website saya. Autoresponder bukan bisnes, tapi ia tempat untuk saya mengumpulkan subscribers. SWOM bukan busines, tapi dia merupakan tempat untuk saya buat promosi besar2an. TuneTalk adalah busines dan inilah busines yang saya cadangkan kepada anda untuk melakukannya.
      Ini pula tentang Bisness yang lain yang En Mazelan ceritakan: 
      1. Minggu lepas ada seorang sahabat dari Johor, datang berjumpa saya untuk memperkenalkan bisnes supplimentary food, dia terangkan itu dan ini, termasuk marketing plan yang dia cakap terbaik didunia. Saya terus berapa nak join? Lebih kurang RM600, tapi En Mazelan jangan risau, kami akan bayarkan. Saya tanya lagi maintain berapa? Dia jawab RM400++.  En. Mazelan jangan risau itu pun kami bayarkan.
      • Saya kata terima kasih kerana nak tolong bayarkan. Saya nak tanya secara jujurlah sekiranya tuan ditakdirkan tak dapat downline sampai bila2, tuan nak  teruskan juga tak? (Dia diam seketika)
      • Dia jawab secara jujur "Tak".
      • Saya cakap "Kenapa abang datang jauh2 nak jumpa saya?"
      • Dia jawab "Pasal saya anggap En Mazelan sebagai guru bisnes online saya, saya banyak belajar di video2 en Mazelan".
      • Saya kata " Oklah, saya cadangkan tuan tinggalkan bisnes tu, dan buat tunetalk"
      • Dia terus kata " Tak boleh la tuan, saya dah labur dekat RM5000 lebih untuk buat benda alah ni"
      • Saya kata "OK, lain kali jangan panggil saya guru, dan nanti takut melawan tok guru, ketulah nanti"
      • Saya kata lagi "Tadi tuan kata, kalau tuan tak dapat downline tuan tak mahu buat bisnes ni, maksudnya tuan tak mahu tanggung beban maintain tiap2 bulan, sekarang tuan datang dari jauh semata-mata nak cari orang yang nak tanggung beban tuan, dan jawapannya saya tak mahu tanggung beban tuan".
      • Dia dan kawan2 dia dari Johor diam tak kata apa. Tapi sesetengahnya angguk kepala.
      • Saya kata padanya, saya suruh tuan masuk bisnes ni sebabnya, resikonya kecil, kalau tuan tak dapat downline pun tuan tak akan terasa bebannya, dan ia boleh menjana pendapatan lumayan jika tuan berusaha seperti yang tuan tunjukkan sekarang. Dan kalau tuan perasan saya suruh ni sebab saya tak mahu tuan datang dari jauh dan tak dapat hasil yang setimpal dengan usaha tuan.
      • Saya suruh tuan join yang ini untuk kebaikkan tuan, bukan untuk saya cari downline. Tuan join ke tak join ke bawah saya sudah ada beratus orang yang join dalam masa dua minggu sahaja. kalau tak percaya tuan balik dan join tunetalk bawah orang lain, dan datang minta bantuan dengan saya, PASTI saya tolong kalau saya mampu.
      Nasihat En Mazelan pada semua orang: 
      1. Yang sudah burn RM5000+ lupakan, itu nasihat saya, mungkin betul mungkin salah, tepuk dada tanya Tuhan, istikhorah lagi baik.


      Komen eLqirani:

      Alhamdullillah, saya berada di landasan yang saya selesa..
      yang mana, saya tambah produk baru dan saya mahu rakan2 semua menyertai nya,
      bukan kerana nak kan income dari orang bawah, dan anda goyang kaki
      tetapi kerana kelebihan2 lain:
      insurance dan boleh claim flight,,
      komisyen tu sebagai salah satu platform anda untuk bergerak maju di masa hadapan..

      akhirkata:


      Salam Kejayaan dari eLQirani-Reload



        Thursday, January 20, 2011

        Promosi 'Jom Balik ke Ipoh'


        JOM BALIK KE IPOH!

        Salam sayang dari saya buat anda semua!
        Apa khabar? Pada students yang akan bercuti, selamat bercuti, jaga diri elok2 kerana anda adalah pemimpin akan datang.

        Buat rakan-rakan yang berkerja, selamat berkerja. kerja rajin2, mudah-mudahan apa yang dikerjakan mendapat keberkatan dari Nya~

        Okey, sempena saya dapat bercuti ke Ipoh, kampung halaman ku yang tercinta~
        Dengan gembiranya, saya mahu umumkan:

        Promosi pakej pendaftaran untuk menjadi Agen topup di eLQirani!! hanya RM10!!! 

         
        Khas untuk 10 orang pertama yang mendaftar!
        "Untuk Pakej AGEN sahaja"
        Rebut sebelum terlambat!!

        Mudah-mudahan anda turut berkongsi kegembiraan bersama-sama dengan eLQirani!
        Untuk mendaftar menjadi agen topup, sila rujuk sini:

        Tips hangat untuk berjimat:
        4 cara berjimat sehingga RM500 sebulan
        •  Isi minyak kereta bila tangki hampir kosong sehingga penuh.

        Dengan cara ini, anda dapat menjimatkan masa dan duit minyak.

        Kebiasaannya, orang takut nak isi minyak penuh-penuh. Jadi, kita akan isi sedikit-sedikit.

        MASALAH: Bila anda dapati, anda sebenarnya membazirkan masa, tenaga dan wang anda apabila anda terpaksa mengisi sehingga berkali-kali.

        CONTOH: Untuk sebulan, anda perlu mengisi penuh kereta anda sebanyak 2 kali. Untuk ke Petronas (atau pam minyak lain), anda perlu berbelanja RM10 (duit minyak pergi balik), jadi, total anda hanya perlu belanjakan RM20 sahaja sebulan. 
        PERBANDINGAN: Anda isi sikit-sikit, katakan anda perlu mengisi minyak sebanyak 10 kali. Kita ambil kira-kira yang sama seperti di atas, RM10 untuk duit minyak. Untuk 10 kali, anda telah keluarkan RM100. Iaitu pembaziran RM80!!

        •  Topup 3 bulan sekali

        Saya dan anda umumnya tahu bahawa kini ada kemudahan topup secara online. Tapi, tahukah anda, sebenarnya masih ramai lagi yang beli topup di kedai-kedai?

        CONTOH: Katakan kos untuk ke kedai topup ialah RM10 (pergi balik). Biasanya orang akan topup sikit-sikit. Jadi, dalam sebulan, sekali topup RM10, umummnya orang akan pakai RM50 sebulan. (ini yang biasa, tidak terlalu jimat, dan tidak terlalu tinggi penggunaan)

        MASALAH: Dalam sebulan kita akan ke kedai sebanyak 5 kali. Dalam sebulan, kita akan keluar belanja RM50. Itu untuk bayar minyak sahaja.

        PERBANDINGAN: Bagaimana kalau anda hanya topup 3 bulan sekali sahaja? Bermakna, anda hanya akan keluarkan belanja perjalanan, sekali sahaja. Anda topup RM100 ke RM200, dan ianya dapat bertahan sehingga 3 ke 4 bulan. Kadang-kadang, pada hari-hari perayaan, bila kita topup nilai yang tinggi kita akan dapat RM30 ke RM50 topup percuma. (jimat lagi).

        Berbanding topup sikit-sikit, kos anda hanyalah RM10 sahaja. Kalau tiga bulan, RM150 (topup sikit-sikit). Bermakna purata sebulan anda dapat jimat ialah hampir RM50
        PSSSTT: Bagaimana pula anda pula yang menjadi agen topup? dan dapat membeli topup dengan harga yang lebih murah? topup menggunakan HP pula tu? dah dapat jimat masa, duit minyak, dan dapat beli topup dengan harga yang murah.
        • Membeli belah ketika kenyang

        Saya pernah membeli belah ketika perut kosong. Saya juga, pernah membeli belah ketika dah kenyang.

        CONTOH: Biasanya, bila shopping, sesiapa yang mempunyai keluarga akan membawa isteri/suami dan anak-anak. Jadi, katakan anda tengah lapar ketika itu, bayangkanlah ragam anak-anak. (Papa, Mama, nak itu, nak ini...)

        Berhenti makan, itu ini, makan, dah kenyang.. Eh pulak dah, diorang nak cepat balik. Barang yang nak dibeli belum beli lagi ni.. dah rugi minyak & masa..

        Daripada situ sahaja dah tak dapat jimat banyak.

        Biasanya, purata beli belah (sebulan sekali), perbelanjaan sehingga RM250. Barang dapur dan keperluan.

        PERBANDINGAN: Cuba anda membeli belah ketika kenyang pula, anak kurang meminta dan anda akan dapati anda hanya berbelanja sekitar RM100 sahaja. Perbezaannya RM150? Banyak tu.

        Cuba anda kaji, rupanya, saya banyak beli benda yang tak diperlukan ketika lapar.
        • Tips makan di luar

        Bestnya makan di luar! Bagi yang dah berkeluarga, ia ibarat berikan cuti kepada si isteri. Namun, nak makan kat luar ada strateginya.

        Apa yang perlu anda buat:

        1.Order makanan yang susah nak dimasak di rumah
        2.Minum air suam (Good for your health!)

        Kebiasaanya, kawan-kawan kita dan kita sendiri akan order: nasi goreng, nasi goreng kampung.
        Sedapnya! tapi.. macam tak best lak

        Bukan apa, masakan tadi  itu, adik anda pun boleh masak. Lagipun, dah ada perencah nasi goreng Adabi. Senang je nak masak nasi goreng.

        Bila makan kat luar, makanlah sesuatu yang istimewa. Seperti mi bandung, chicken chop, ikan tiga rasa dan lain-lain. Yang mana, ianya susah sikit la nak dimasak di rumah.
        (Mungkin kerana perlukan bahan-bahan yang banyak) 
        Tak lupa juga, kalau anda perasan, bila anda order air suam, anda akan rasa kelainan. Banyak sangat pernjimatan yang dapat dibuat.
        Betul tak?

        Moga ianya bermanfaat buat anda. Kalau anda ada tip-tip berjimat yang lain, jom la berkongsi!

        Rujukan: Jamil





        Salam Kejayaan dari eLQirani-Reload



          Tuesday, January 4, 2011

          UJIAN KOMUNIKASI

          Apakah tahap kemahiran berkomunikasi anda? 
          Adakah baik, perlu diperbaiki ataupun lemah? 
          Untuk menilai diri anda, jawab soalan dalam Ujian Komunikasi di bawah.

          UJIAN KOMUNIKASI
          Anda diberikan masa selama 20 minit untuk menjawab kesemua 34 soalan. Jawab secara jujur dan spontan.

          1. Jika saya menerangkan sesuatu perkara kepada sekumpulan orang, saya akan bertanya kepada mereka sama ada mereka faham atau tidak akan perkara yang ingin saya sampaikan.
          A Tidak pernah
          B Jarang-jarang
          C Kadang-kadang
          D Kerap
          E Sentiasa
          2. Orang tidak pernah faham akan perkara yang ingin saya sampaikan.
          A Sentiasa
          B Kerap
          C Kadang-kadang
          D Jarang-jarang
          E Tidak pernah
          3. Saya dapat menyampaikan idea saya dengan berkesan.
          A Tidak pernah
          B Jarang-jarang
          C Kadang-kadang
          D Kerap
          E Sentiasa
          4. Saya berasa sukar untuk menyampaikan sesuatu maklumat sekiranya orang tidak faham akan perkara yang saya cakapkan.
          A Sentiasa
          B Kerap
          C Kadang-kadang
          D Jarang-jarang
          E Tidak pernah
          5. Jika saya tidak memahami sesuatu soalan, saya akan bertanya dengan lebih lanjut.
          A Tidak pernah terjadi
          B Jarang-jarang terjadi
          C Kadang-kadang berlaku
          D Kerap berlaku
          E Sentiasa terjadi
          6. Saya tidak faham akan perkara yang orang lain maksudkan.
          A Sentiasa
          B Kerap
          C Kadang-kadang
          D Jarang-jarang
          E Tidak pernah
          7. Saya mudah untuk memahami perasaan orang lain.
          A Tidak pernah
          B Jarang-jarang
          C Kadang-kadang
          D Kerap
          E Sentiasa
          8. Saya berpura-pura mendengar walaupun fikiran saya melayang jauh.
          A Sentiasa
          B Kerap
          C Kadang-kadang
          D Jarang-jarang
          E Tidak pernah
          9. Saya susah untuk meluahkan perasaan.
          A Sentiasa
          B Kerap
          C Kadang-kadang
          D Jarang-jarang
          E Tidak pernah
          10. Jika saya mempunyai sesuatu perkara yang penting dan relevan untuk diperkatakan dalam satu perbualan, saya akan menyampuk.
          A Sentiasa
          B Kerap
          C Kadang-kadang
          D Jarang-jarang
          E Tidak pernah
          11. Saya boleh membaca mood seseorang ketika dia bercakap.
          A Tidak pernah
          B Jarang-jarang
          C Kadang-kadang
          D Kerap
          E Sentiasa
          12. Sekiranya saya tahu apa-apa yang ingin ditanyakan kepada saya, saya akan terus menjawab walaupun orang tersebut belum habis bertanya.
          A Sentiasa
          B Kerap
          C Kadang-kadang
          D Jarang-jarang
          E Tidak pernah
          13. Saya terlalu memikirkan perkara yang ingin saya sampaikan sehingga saya tidak peduli akan perasaan atau reaksi pendengar saya.
          A Sentiasa
          B Kerap
          C Kadang-kadang
          D Jarang-jarang
          E Tidak pernah
          14. Kelemahan saya bukan urusan orang lain dan lebih baik bagi saya untuk menyembunyikannya daripada diketahui oleh orang ramai.
          A Tidak pernah
          B Jarang-jarang
          C Kadang-kadang
          D Kerap
          E Sentiasa
          15. Sekiranya saya bersalah, saya tidak akan teragak-agak untuk mengakui kesalahan saya.
          A Tidak pernah
          B Jarang-jarang
          C Kadang-kadang
          D Kerap
          E Sentiasa
          16. Satu cara yang paling baik untuk orang lain memahami diri saya adalah dengan cara berterus terang tentang apa-apa yang saya rasa dan fikirkan.
          A Tidak pernah
          B Jarang-jarang
          C Kadang-kadang
          D Kerap
          E Sentiasa
          17. Jika sesuatu perbualan itu menjadi terlalu peribadi, saya akan cuba menukar topik.
          A Sentiasa
          B Kerap
          C Kadang-kadang
          D Jarang-jarang
          E Tidak pernah
          18. Sekiranya saya sedar saya melukakan hati seseorang, saya akan cepat-cepat meminta maaf.
          A Tidak pernah
          B Jarang-jarang
          C Kadang-kadang
          D Kerap
          E Sentiasa
          19. Saya akan mempertahankan diri saya sekiranya saya dikritik.
          A Sentiasa
          B Kerap
          C Kadang-kadang
          D Jarang-jarang
          E Tidak pernah
          20. Sekiranya saya marah dan seseorang bertanya sama ada saya marah atau tidak, saya akan mengaku.
          A Tidak pernah
          B Jarang-jarang
          C Kadang-kadang
          D Kerap
          E Sentiasa
          21. Saya cenderung untuk membuat kesimpulan tentang sesuatu perkara.
          A Sentiasa
          B Kerap
          C Kadang-kadang
          D Jarang-jarang
          E Tidak pernah
          22. Sekiranya saya berbual dengan seseorang, saya mencuba untuk meletakkan diri saya di tempat orang itu.
          A Tidak pernah
          B Jarang-jarang
          C Kadang-kadang
          D Kerap
          E Sentiasa
          23. Jika seseorang itu menghadapi kesukaran untuk mencari sesuatu perkataan untuk dikatakan, saya bersedia untuk menyambung apa-apa yang ingin disampaikan.
          A Sentiasa
          B Kerap
          C Kadang-kadang
          D Jarang-jarang
          E Tidak pernah
          24. Orang di sekeliling berkata saya bercakap dengan nada yang tinggi, tetapi saya tidak menganggap sedemikian.
          A Sentiasa
          B Kerap
          C Kadang-kadang
          D Jarang-jarang
          E Tidak pernah
          25. Saya selalu bercakap dengan tidak terburu-buru.
          A Tidak pernah
          B Jarang-jarang
          C Kadang-kadang
          D Kerap
          E Sentiasa
          26. Saya mempunyai satu firasat yang orang lain berasa tidak selesa dengan kehadiran saya.
          A Sentiasa
          B Kerap
          C Kadang-kadang
          D Jarang-jarang
          E Tidak pernah
          27. Saya berminat dengan apa-apa yang ingin diperkatakan oleh orang lain.
          A Tidak pernah
          B Jarang-jarang
          C Kadang-kadang
          D Kerap
          E Sentiasa
          28. Saya berasa kecewa apabila orang lain tidak bersependapat dengan saya terutama sekali jika orang tersebut tidak melalui situasi yang saya lalui.
          A Sentiasa
          B Kerap
          C Kadang-kadang
          D Jarang-jarang
          E Tidak pernah
          29. Jika saya mengkritik, saya akan pastikan saya mengkritik perbuatan seseorang itu, bukan mengkritik individu tersebut.
          A Tidak pernah
          B Jarang-jarang
          C Kadang-kadang
          D Kerap
          E Sentiasa
          30. Saya mampu menyelesaikan sesuatu masalah tanpa rasa marah.
          A Tidak pernah
          B Jarang-jarang
          C Kadang-kadang
          D Kerap
          E Sentiasa
          31. Saya sedar tentang status emosi saya dalam sesuatu perbualan.
          A Tidak pernah
          B Jarang-jarang
          C Kadang-kadang
          D Kerap
          E Sentiasa
          32. Saya cuba mengelak untuk membincangkan perkara yang sensitif.
          A Sentiasa
          B Kerap
          C Kadang-kadang
          D Jarang-jarang
          E Tidak pernah
          33. Saya boleh bersemuka dengan orang yang melukakan perasaan saya.
          A Tidak pernah
          B Jarang-jarang
          C Kadang-kadang
          D Kerap
          E Sentiasa
          34. Saya cuba mengelak untuk meluahkan perasaan tidak setuju saya terhadap sesuatu perkara kerana saya tidak mahu dimarahi.
          A Sentiasa
          B Kerap
          C Kadang-kadang
          D Jarang-jarang
          E Tidak pernah

          Kira jumlah markah yang anda peroleh.
          A 1 markah
          B 2 markah
          C 3 markah
          D 4 markah
          E 5 markah
          Lihat dalam kategori mana anda berada. 
          Terdapat 3 kategori, iaitu:

          Kategori A: Markah anda di antara 136 - 170
          Kategori B: Markah anda di antara 99 - 135
          Kategori C: Markah anda di antara 34 - 98

          Sila klik di sini (RUANGAN MUAT TURUN) bagi mendapatkan jawapan dan penjelasan bagi setiap kategori. Diharapkan dengan mengenal pasti tahap kemahiran berkomunikasi anda, peluang untuk maju dalam kerjaya anda bertambah cerah. InsyaAllah.


          Salam Kejayaan dari eLQirani-Reload



            Thursday, November 18, 2010

            Bagaimanakah anda menilai pekerjaan anda?

            Sebagaimana yang kita ketahui, seseorang itu tentunya akan meletakkan keutamaan masing-masing apabila memilih pekerjaan. Untuk mengetahui sama ada pekerjaan  atau kepuasan yang diperoleh daripada pekerjaan yang penting kepada anda, sila buat latihan yang telah disediakan di bawah. Latihan di bawah HANYA memberikan anda gambaran kasar tentang kepentingan pekerjaan anda dan kepuasan yang anda kecapi daripada pekerjaan anda itu.

            Baca setiap soalan dengan teliti dan tandakan (a) untuk jawapan 'ya' atau (x) untuk 'tidak'.

            Bagaimanakah Anda Menilai Pekerjaan Anda?

            1. Mahukah anda membatalkan cuti anda jika anda mendapat peluang untuk kenaikan pangkat pada waktu yang sama?

            2. Adakah anda menaruh harapan untuk hidup seperti seorang bintang filem pada satu hari nanti?

            3. Pernahkah anda idamkan untuk membeli sebuah rumah yang lebih besar pada masa hadapan?

            4. Adakah anda bekerja dengan harapan untuk membuka perniagaan anda sendiri pada satu hari nanti?

            5. Apabila tiba masanya untuk membuat sesuatu keputusan, adakah mudah bagi anda untuk melakukannya?

            6. Adakah anda mempunyai nilai-nilai diri yang boleh membuatkan anda berjaya dalam kerjaya anda?

            7. Adakah menjadi terkenal itu menarik perhatian anda?

            8. Adakah anda seorang yang sanggup menerima pujian daripada kerja yang telah dilakukan oleh rakan sekerja anda?

            9. Adakah anda seorang yang suka memberi arahan kepada orang lain?

            10. Bolehkah anda bekerja dengan orang yang anda tidak suka jika keadaan ini dapat meningkatkan lagi kedudukan anda di pejabat/syarikat itu?

            11. Mahukah anda menerima tawaran pekerjaan yang lebih baik walaupun pekerjaan itu akan memisahkan anda daripada keluarga anda?

            12. Adakah anda berasa yang anda lebih berkebolehan daripada orang lain?

            13. Adakah anda akan menghadiri majlis atau perjumpaan yang diadakan oleh ketua/majikan anda daripada menghadiri majlis yang diadakan oleh rakan-rakan anda?

            14. Adakah anda berasa bosan jika anda mengambil bahagian dalam permainan yang tidak mendapat perhatian ketua anda?

            15. Pernahkah anda memikirkan bagaimana anda hendak meraikan kejayaan anda sebagai seorang jutawan?


            Bagaimanakah kedudukan anda?

            Setelah melakukan latihan yang diberikan, anda dikehendaki mengira jumlah markah yang anda peroleh. Untuk setiap jawapan 'Ya', berikan diri anda 1 markah.

            Jika markah anda di antara 9 hingga 15, anda seorang yang bercita-cita tinggi dan mempunyai azam yang kuat. Anda menggunakan pekerjaan anda untuk mendapatkan kejayaan dan kekayaan. Anda mungkin kecapi kepuasan bekerja tetapi kepuasan bekerja itu tidak memainkan peranan yang penting dalam hidup anda.

            Markah di antara 5 hingga 8 menunjukkan bahawa anda bekerja hanya untuk mendapatkan wang dan tidak lebih daripada itu. Hal ini bukan bermakna anda tidak ada peluang untuk mendapatkan pekerjaan yang lebih baik, tetapi anda masih belum bersedia untuk melakukan pengorbanan yang diperlukan dalam pekerjaan itu nanti. Pada banyak ketika, anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan.

            Jika markah anda ialah 4 dan ke bawah, anda seorang yang tidak mementingkan darjat atau gaji yang lumayan. Anda lebih suka memilih pekerjaan yang memberikan anda masa lapang. Anda mendapat kepuasan daripada pekerjaan yang anda lakukan.

            Artikel di atas dipetik dari buku MENILAI POTENSI SEBENAR ANDA terbitan Perintis Books Sdn. Bhd.

            Sumber: sutera@yahoogroups.com




            Salam Kejayaan dari eLQirani-Reload



              Tuesday, September 14, 2010

              Sedekah merugikan?


              Hari ini sudah raya ke 5, macam mana?
              Meriah tak?
              tak menang tangan di buat nya membalas SMS-SMS raya dari rakan-rakan, sahabat-sahabat, rakan kerja, ahli keluarga dan sebagainya.
              Terima kasih sangat2, saya sangat menghargainya.
              Buat mereka yang memberi ucapan raya, sekiranya tak di balas, maaf sangat2 ya~

              Buat Rakan Niaga saya, Terima Kasih kerana setia bersama saya!
              Buat Pelanggan saya, Terima Kasih kerana membeli e-reload dari eLQirani~
              Tanpa anda, siapalah saya



              Okay, kali ini saya nak bertanya pada anda semua, Sedekah itu merugikan?
              memeranjatkan, YA! ada yang berkata sedekah itu merugikan, kenapa?
              kerana mereka akan memberi alasan yang mereka sendiri belum ada kewangan yang kukuh.

              Soalan saya: benarkah begitu?

              TIPS 1:
              Semakin kita bersedekah, semakin banyak rezeki yang kita akan terima.
              Bila kita bersedekah, penerima sedekah akan mendoakan kita.
              kita akan sentiasa disenangi orang sekeliling.
              tidak mahukah anda dengan keadaan ini?
              tapi anda perlu bersedekah niatkan kerana Yang Esa, jangan semata-mata mengejar nama pula =)


              TIPS 2:
              Dalam tiap rezeki kita ada hak orang lain.
              Tiap rezeki yang kita terima, ada hak orang lain, hak terhadap keluarga, diri sendiri dan lain-lain.
              kita jangan lupa akan insan lain di saat kita mempunyai rezeki..
              kerana Dunia ini bagaikan roda,
              sekelip mata kita boleh berada di atas,
              dan sekelip mata juga, kita boleh berada di bawah.

              Sampai sini sahaja coretan ringkas saya.

              P/s: anda kenal Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary?



              JUTAWAN Melayu Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary adalah seorang yang perahsia. Jarang sekali, beliau ingin berkongsi kisah peribadinya dan lebih banyak tersenyum dan memerhati.

              Mokhtar merupakan seorang ahli perniagaan dan usahawan Melayu yang terkaya di Malaysia. Menurut majalah Malaysian Business beliau mempunyai harta bernilai RM2.93 billion pada 2005 seterusnya menjadi orang ketujuh terkaya di Malaysia pada 2005.

              Dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1951, beliau memulakan perniagaannya sebagai seorang pengusaha daging pada tahun 1970.

              Beliau yang juga merupakan pemilik Yayasan al-Bukhary terlibat dalam perniagaan berasaskan perladangan, pembinaan, kejuruteraan, infrastruktur dan pelabuhan.

              Usahawan Melayu terkaya berusia 58, juga dipilih sebagai Tokoh Melayu Terbilang 2009 dan tersenarai antara 10 lelaki terkaya di Malaysia.

              Pemilihannya dibuat berdasarkan pelbagai kejayaan yang ditempa selama 43 tahun di dalam bidang perniagaan selain sumbangan amalnya.

              Syed Mokhtar pernah dipilih sebagai Tokoh Ma'al Hijrah Peringkat Kebangsaan 1429 Hijrah/2008 Masihi, menjadikan beliau individu Melayu kelima menerima anugerah berkenaan sejak ia diperkenalkan pada tahun 2005.



              Jom beli topup dengan harga yang lebih murah!

              JIWA DERMAWAN DIPUPUK IBU AYAH

              Sifat dermawan dalam diri Syed Mokhtar dipupuk oleh bapanya, Syed Nor AlBukhary dan ibunya, Sharifah Rokiah Syed Mohamed Rahmat.

              Kisah hidupnya bermula ketika membantu ibu bapanya berniaga lembu sekitar 1960-an sebelum beralih kepada perniagaan perkhidmatan lori pada 1970-an selepas mendapat bantuan Majlis Amanah Rakyat (Mara).

              Daripada perniagaan lori, anak muda yang ketika itu masih pada usia awal 20-an mula berniaga beras secara kecil-kecilan. Pendapatan pertama daripada perniagaan diusahakan sendiri yang dibawa balik ke rumah ialah sebanyak RM1,500. Pada 1970-an, jumlah itu agak lumayan dan pastinya hati begitu gembira dengan wang sebanyak itu.

              Namun, apabila ibunya memberitahu bahawa setengah daripada pendapatan itu digunakan untuk adik yang lain, sementara setengahnya pula perlu diberi kepada 15 keluarga miskin, Syed Mokhtar tidak membantah.

              Masa beliau bawa balik pendapatan pertama, ibunya beritahu RM750 akan digunakan untuk adik dan RM750 lagi kena bagi pada 15 keluarga jiran yang susah, orang tua dan lain-lain. Setengah pendapatan itu diambil ibunya untuk beri orang yang kurang kemampuan.

              Dari situlah jiwa dermawan dipupuk ibu bapa. Walaupun dari segi hukum, zakat pendapatan hanya 2.5 peratus, tetapi pendapatan Syed Mokhtar diambil 50 peratus. Selebihnya diberi kepada 15 keluarga dan sehingga kini beliau masih meneruskan amalan jariah membantu 15 keluarga berkenaan.

              Kawan beliau, Syed Abdullah yang ditugaskan mengagih wang itu sejak mula pun sudah bercucu. Namun hingga kini beliau masih melaksanakan tanggungjawab itu. Dan lori serta syarikat berasnya masih beroperasi di Kedah.

              Ramai yang tidak mengetahui Syed Mokhtar hanya sempat tamatkan pendidikan sehingga Tingkatan Lima, tetapi tidak berpeluang mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kerana tidak mempunyai wang untuk membayar yuran peperiksaan.

              Kisah yang dilalui pada zaman sekolah ini mendorong beliau untuk menjayakan Program Tuisyen Albukhary pada 2001. Ketika itu, perniagaan yang dimulakan sejak 30 tahun lalu berbekalkan jerit perih sudah maju dan berkembang pesat dan Yayasan Albukhary sudah ditubuhkan sejak 1996.

              YAYASAN ALBUKHARY

              Matlamat penubuhan yayasan itu sebagai memenuhi impian orang tua, terutama ibu yang mendidik beliau mencari rezeki bukan saja untuk diri sendiri tapi membangunkan ummah dan membantu golongan miskin.

              Walaupun tidak dapat peluang melanjutkan pelajaran, Syed Mokhtar sedar kejayaannya pada hari ini kerana berjaya dalam bidang perniagaan. Atas kesedaran ini, beliau terfikir untuk memberi budak kampung yang miskin dan kurang cerdik mengikuti tuisyen secara percuma.

              Guru yang mengajar digajikan satu jam RM40 untuk ajar budak-budak dalam mata pelajaran Sains, Matematik dan subjek lain yang mereka tidak mahir. Pusat tuisyen sudah berjalan empat tahun dan 22,000 pelajar sudah mendapat manfaat untuk maju dalam pelajaran.

              Bukan setakat itu saja, Syed Mokhtar turut menyediakan Biasiswa Albukhary kepada pelajar miskin yang cerdik daripada 47 negara yang umat Islamnya adalah kumpulan minoriti untuk melanjutkan pengajian pada peringkat universiti.

              Biasiswa Albukhary, program pendidikan antarabangsa itu sudah berjasa kepada 372 pelajar yang ada antara mereka cemerlang di persada antarabangsa.

              Selain bidang pendidikan, Yayasan Albukhary turut mengambil tanggungjawab membina masjid dan memastikan pengurusannya berjalan lancar. Setakat ini, yayasan itu sudah membina 20 masjid di bandar dan luar bandar di seluruh negara.

              Ayah kepada empat orang anak ini mengambil inisiatif membaik pulih Masjid Negara yang menjadi satu daripada destinasi pelancongan negara supaya sentiasa terang dan bercahaya seperti cerahnya Muzium Kesenian Islam Malaysia yang didirikan yayasan, bersebelahan Masjid Negara.

              Daripada muzium, masjid, perniagaan berkembang dan rezeki Syed Mokhtar bertambah. Berkat dengar nasihat ibu, setengah kena bagi balik, beliau mendapat keinsafan.

              Keinsafan itu juga mendorongnya membina Kompleks Albukhary di Kedah yang menempatkan rumah anak yatim, hospital dan pusat dialisis yang semuanya diberi secara percuma kepada golongan kurang berkemampuan supaya mereka dapat hidup selesa.

              Syed Mokhtar berkata, semua yang dilakukan datang daripada jiwa dan didikan asal ibu bapa, selain gerak hatinya, ikhlas kerana Allah.

              Semua yang dilakukan dengan niat satu tujuan untuk membantu mereka yang memerlukan.

              Atas inisiatif beliau juga, beliau memohon kuota haji untuk menghantar kumpulan yang difikirkannya sudah layak, tetapi tidak berkesempatan menjejakkan kaki ke tanah suci Makkah kerana tidak mempunyai wang seperti imam, bilal dan siak masjid.

              Hartawan berusia 58 tahun itu berkata, beliau tidak pernah melihat dirinya seorang yang kaya kerana prinsip beliau ialah manusia ini hamba Allah dan Allah Yang Maha Kaya. Segala usaha, pelbagai dugaan serta cabaran dilalui sejak lebih 40 tahun lalu baginya adalah rezeki Allah. Dan rezeki itu dikongsi bersama 67,700 tenaga kerjanya.

              Bagi Syed Mokhtar, jika seseorang itu rajin berusaha, dengan izin Allah mereka akan berjaya. Jadi, jika sesiapa bertanyakan apakah resipi kejayaan, jawapannya ialah menggunakan nikmat Allah untuk faedah orang ramai terutama dalam pencarian ilmu.

              Beliau pernah dipetik berkata, "Saya bersyukur saya sudah rasa semua nikmat Allah melainkan mati, belum rasa lagi. Saya sudah dapat lebih, apa lagi yang saya hendak. Jadi, apabila Allah beri, kita perlu gunakan nikmat itu untuk faedah orang ramai.

              "Apabila melihat pertubuhan Kristian, Buddha dan wat Siam yang banyak di Kedah, saya terfikir kenapa kita orang Islam tidak boleh berkembang. Alhamdulillah, saya dapat buat semua dan berkembang seperti hari ini, walaupun terpaksa melalui pahit maung," kata Syed Mokhtar.

              Kini, Yayasan Albukhary yang diasaskan Syed Mokhtar berjaya memartabatkan Malaysia sebagai negara prihatin yang sentiasa membantu masyarakat dibelenggui kemiskinan, perang saudara dan bencana alam.

              ANAK KELAHIRAN DEB

              Kejayaan yang dinikmati Syed Mokhtar adalah hasil daripada langkah kerajaan melaksanakan Dasar Ekonomi Baru (DEB).

              Kata beliau, DEB telah memberi peluang kepadanya untuk bersaing dengan kaum lain dan seterusnya membuktikan bahawa anak Melayu juga mampu muncul sebagai konglomerat berjaya di pentas antarabangsa.

              "Saya adalah anak kelahiran DEB. Melalui bantuan Majlis Amanah Rakyat (Mara) serta UDA saya mengembangkan perniagaan tetapi terpaksa melalui proses pahit maung dahulu.

              "Tiada jalan singkat untuk berjaya walaupun dengan bantuan kerajaan. Bumiputera harus mengambil peluang ini dan membuktikan mereka juga mampu berjaya," katanya.

              Ketika ditanya sumbangan amalnya selepas mengumpul pelbagai anugerah, Syed Mokhtar berkata, rezeki yang diperolehinya digunakan untuk kebajikan lebih 67,800 kakitangan Kumpulan Albukhary dan selebihnya membantu golongan miskin.

              Kesempitan hidup yang terpaksa dilaluinya ketika zaman kanak-kanak menyebabkan beliau kini berusaha membantu golongan yang memerlukan terutama pelajar dan anak-anak yatim.




              BINA 7 MASJID BARU DI NEGERI SEMBILAN

              Umat Islam di Negeri Sembilan akan memiliki tujuh masjid baru tidak lama lagi hasil sumbangan Yayasan Albukhary, milik ahli perniagaan tersohor ini.

              Tujuh masjid itu akan dibina di Rantau; Seremban 2; Kampung Paroi; Kampung Gebok, Mantin; Kampung Melang, Kuala Pilah; Pedas Tengah, Rembau dan Taman Anggerik, Batu Kikir.

              Beliau berkata, pembinaan masjid di Rantau berharga kira-kira RM7.9 juta yang boleh menampung 2,500 jemaah akan dibina menerusi derma dan sumbangan Yayasan Albukhary di Taman Ekar.

              Masjid Seremban 2 pula berharga kira-kira RM7.5 juta dan mampu menampung 3,000 jemaah akan dibina menerusi peruntukan yang disalurkan oleh Jabatan Perdana Menteri (JPM).

              DARI BIDANG PENGANGKUTAN KE TOKOH KORPORAT

              Pada tahun 80-an, Syed Mokhtar telah beralih ke bidang pengangkutan yang telah membawa tuah kepadanya sehingga menjadi seorang antara tokoh korporat bumiputera yang terkaya di Malaysia.

              Karier perniagaannya mula dikenali pada awal 90-an di Johor semasa Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Menteri Besar. Beliau yang amat meminati bidang pengurusan dan pembangunan pelabuhan adalah salah seorang manusia yang bertanggungjawab menjadikan Pelabuhan Tanjung Pelepas, Johor menjadi terkenal di mata dunia dalam tempoh yang sebentar.

              Tidak lama kemudian, Syed Mokhtar telah mengasaskan Yayasan (Islam) Al-Bukhary yang telah membina dan menguruskan Muzium Kesenian Islam bernilai RM70 juta di Kuala Lumpur selain banyak menjalankan kerja-kerja amal dan kebajikan terutamanya sekitar Negeri Kedah dan Perak.

              Syed Mokhtar juga merupakan pemilik kepada Syarikat Gulf International Investment Group Capital (GIIG) yang mempunyai kepentingan dalam Projek Hidro Elektrik Bakun.

              Di samping itu, beliau mempunyai kepentingan dalam beberapa buah firma terkenal Malaysia seperti Malaysia Mining Corporation Berhad (MMC), PERNAS, Padiberas Nasional Berhad, Malakoff Berhad, Seaport Terminal Johor Sdn. Bhd., Johor Port Berhad, Impian Teladan Sdn. Bhd., Indra Cita Sdn. Bhd. dan banyak lagi.

              MMC telah bergabung dengan Gamuda Berhad dan berjaya mendapatkan projek landasan keretapi berkembar bernilai RM14.5 billion sebelum ia dibekukan oleh kerajaan kerana faktor pemulihan ekonomi. Syed Mokhtar juga dikatakan telah membeli kepentingan majoriti dalam Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Johor.

              Nama Tan Sri Syed Mokhtar turut tersenarai dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia Forbes Asia' bagi tahun ini.

              Syed Mokhtar dilaporkan mempunyai kekayaan AS$1.1 bilion (RM3.86 bilion). Meskipun susut dari AS$1.8 bilion (RM6.32 bilion) pada tahun lalu, beliau masih mengekalkan kedudukan di tempat ke-8 dalam senarai '40 Individu Paling Kaya di Malaysia' tahun ini.

              Walaupun menjadi hartawan yang disegani, sifat rendah diri yang dimilikki beliau membuatnya tidak pernah lupa dan bersyukur akan nikmat Allah.

              Malah, Syed Mokhtar mengingatkan supaya berhati-hati dengan nikmat yang Allah kurniakan.

              "Kadang-kadang nikmat yang kita dapat boleh merosakkan kita. Kita kena kawal supaya nikmat tidak merosakkan kita. Yayasan Albukhary menjadi tempat untuk menempatkan lebihan yang boleh merosakkan diri kita," pesan Syed Mokhtar.

              P/s: apa pendapat anda? adakah sedekah itu merugikan?





              Salam Kejayaan dari eLQirani-Reload




              http://elqirani-reload.blogspot.com/p/pengenalan.html

                Friday, August 20, 2010

                Kelebihan berjimat dalam membeli topup?


                Ada pelawat blog eLQirani bertanya, apakah kelebihan menjadi Agen eLQirani,
                ada juga bertanya bagaimana mendapat keuntungan dari eLQirani
                ada juga yang berkata, TIDAK! SAYA TIDAK BERMINAT DENGAN BISNES!

                Untuk pengetahuan anda semua, menjadi agen eLQirani BUKAN bermaksud anda WAJIB menjual produk iaitu reload/topup.



                Tahukah anda, dengan menjadi Agen eLQirani, anda akan dapat:

                Berjimat setiap kali topup/reload no handphone anda

                Situasi 1: Katakan anda pengguna Celcom, kredit anda habis. anda mahu topup/reload RM10 Celcom.

                Pilihan 1:
                Ke kedai membeli topup/reload pada harga RM10 Celcom.

                Komen:
                Nilai wang yang boleh anda berjimat:   Tiada
                Nilai masa yang boleh anda berjimat:   Tiada
                Wang yang telah digunakan tanpa disedari:   duit minyak, duit tol (jika ada) dan sebagainya.

                Apa pula komen anda?

                Pilihan 2:
                Taip SMS dan reload handphone anda sendiri dengan harga RM9.70*


                Komen:
                Nilai wang yang boleh anda berjimat:   RM0.30
                Nilai masa yang boleh anda berjimat:   Lebih 15 minit (dalam 15 minit anda boleh buat banyak perkara)
                Wang yang telah digunakan tanpa disedari:   Tiada.

                Apa pula komen anda? 

                Situasi 2: Anda peruntukkan RM100 sebulan untuk penggunaan kredit handphone anda.


                Pilihan 1:
                Ke kedai membeli topup/reload pada harga RM100 Celcom.

                Komen:
                Nilai wang yang anda peruntukkan untuk kredit dalam tempoh  5 tahun: RM6,000.00
                Nilai wang yang boleh anda berjimat:   Tiada
                Nilai masa yang boleh anda berjimat:   Tiada
                Wang yang telah digunakan tanpa disedari:   Duit minyak, duit tol (jika ada) dan sebagainya


                Apa pula komen anda? 


                Pilihan 2:
                Taip SMS dan reload handphone anda sendiri dengan harga RM97.00*.

                Komen:
                Nilai wang yang anda peruntukkan untuk kredit dalam tempoh 5 tahun: RM5,820.00
                Nilai wang yang boleh anda berjimat:   RM180.00
                Nilai masa yang boleh anda berjimat:   Tiada terkira
                Wang yang telah digunakan tanpa disedari:   Duit minyak, duit tol (jika ada) dan sebagainya

                Apa pula komen anda?

                Itu belum lagi anda menjual pada orang lain, pada keluarga, saudara mara, rakan-rakan, teman-teman dan sebagainya..


                Fikir - fikirkan..

                Salam Kejayaan dari eLQirani-Reload





                *Kenyataan: nilai adalah benar semasa post ini di upload kan.

                  Monday, June 14, 2010

                  Macam mana sistem e-reload eLQirani berfungsi?


                  Salam dari saya, eLQirani,
                  apa khabar? topik hari ini seperti di atas,
                  E-Reload tu apa ya? sepanjang pemahaman saya, e-reload tu alternatif untuk pembelian topup,
                  kalau dahulu, kita beli topup di kedai:

                  1. keluar rumah
                  2. bergerak ke kedai
                  3. beli topup
                  4. gores kad topup pakai duit syiling
                  5. key-in no pin topup
                  6. TOPUP BERJAYA
                  7. bergerak pulang ke rumah
                  8. sampai dirumah

                  So, basicly itu antara step2 pembelian topup la kan,
                  kini, kita ada e-reload, yang mana seperti berikut:

                  1. SMS ke server dengan format beli topup yang tertentu (dengan syarat ada modal dalam akaun)
                  2. server membalas SMS anda dengan topup handphone anda

                  itu sahaja langkah2 nya, begitu mudah bukan? tanpa berpenat lelah ke kedai,, dan sebagainya..
                  apa lagi, manfaatkan e-reload!
                  bagaimana? rujuk sini:
                  http://elqirani-reload.blogspot.com/p/agen.html




                  Salam Kejayaan dari eLQirani-Reload





                    Wednesday, May 12, 2010

                    5 cara berkesan untuk promote web anda


                    Salam dari eLQirani, okay, untuk kali ni, eLQirani nak berkongsi cara untuk promote web anda. Bagaimana ye? ok jom kita lihat~~

                    1. Anjurkan pertandingan atau cabutan bertuah dan sewaktu dengannya. Cara ini amat berkesan untuk promote web anda. Anda boleh war-warkan web anda di blog2 yang menyenaraikan contest2 semasa. Bawa2 bertanya pada para peserta sama ada mereka menerima offer dari anda dalam bisness anda melalui email2 yang akan anda lampirkan dari masa ke semasa

                    2. Gunakan chat online untuk promote web anda. Pastikan anda me-war-war-kan web anda di chat room yang betul. Buat pengumuman pada semua di chat room mengenai sesuatu yang menarik dan percuma yang ada dapat tawarkan. Ini akan menarik minat pengunjung ke web anda. P/s: pastikan anda tahu mengenai terma&syarat chat room before me-war-war-kan apa2. jangan sampai anda kena block =)

                    3. Promote web anda di web yang lain. cari web lain yang boleh anda jadikan platform untuk promote web anda. Lagi bagus, dapatkan web yang hala tuju nya sama dengan anda. target pengunjung juga adalah dari golongan yang sama. tapi, yang penting, elakkan promote produk yang sama dengan web yang bakal anda jadikan platform. adik-beradik? takkan nak berebut kan? =) 
                    Sama-sama membantu promote produk-produk lain juga akan meningkatkan keuntungan anda. Banyak je web yang boleh anda jadikan platform kan? berusaha!

                    4. Mudahnya untuk anda promote web menggunakan traffic generator. mungkin anda boleh cuba promote web anda dengan menggunakan e-book? Kebanyakan e-book akan disertakan dengan alamat2 web. Mungkin ini adalah satu altenatif untuk anda promote melalui pengiklanan? anda semestinya boleh promote web anda melalui blogger2 dan pengguna2 web yang lain.

                    5.Menghantar dan aktif di dalam forum juga antara alternatif yang boleh anda gunakan dalam promote web anda. sertakan 'signature' anda yang mengandungi alamat web anda. pasti ada yang akan terbuka hati melihat dan meninjau apa yang menarik dalam web anda.


                    Salam Kejayaan dari eLQirani-Reload





                      Saturday, May 8, 2010

                      Tips berjimat?


                      Salam semua dari eLQirani,

                      Mudah-mudahan anda dan keluarga anda sentiasa dilimpahi rahmat Allah s.w.t.. 

                      Untuk kali ini, eLQirani mahu berbincang tentang kaedah untuk berjimat. Macam sudah biasa dengar bukan?
                      Hakikatnya, walau berjuta kali dengar akan nasihat yang tidak henti-henti tentang topik ini, tapi kenapa dan mengapa ianya masih tidak menjadi amalan kita?

                      Tips dan Kaedah untuk berjimat, 
                      saya pecahkan kepada beberapa topik dan subtopik.
                      Khas untuk anda semua...

                      Sepertimana yang di ajar oleh Ibu angkat saya dan rakan-rakan sekeliling, berjimat ada bermacam2 cara..
                      antara nya:

                      1. Jangan berhutang untuk membeli sesuatu.


                      "Eh, aku nak beli la I-Pod tu.. Salleh, pinjam duit dalam RM200, aku tak cukup banyak tu je ni, nanti aku bayar la balik!"
                      Haa.. ni salah satu cara untuk membazir, of course saya selalu buat masa belajar2 dulu.. teringin je apa-apa barang, pinjam duit orang, lepas tu, bayar la ansuran kat member.. Jangan buat macam tu.. lebih baik anda kumpul sikit2 duit,, then beli terus, dapat melatih anda supaya merancang.
                      2. Buat perbandingan harga


                      "kalau di Supermarket XXX, harga Potato Chip RMX.XX, kalau kat Supermarket YYY, harga Potato Chip yang sama RMY.YY. Baik aku beli kat Supermarket YYY."
                      See.. selalu nya, saya akan buat perbandingan harga, kadang kala apa yang di war-war kan di dalam katalog adalah lebih mahal dari biasa, maka, apa lagi, cuba-cuba buat perbandingan harga, meskipun dapat berjimat dalam RM0.20 contohnya, amaun yang dapat jimat tu amat besar bagi semua orang. RM0.20 dah boleh beli macam-macam tau kalau dapat dikumpul..

                      3. Jangan drive kereta laju2
                      "woi, apasal ko bawak laju sangat ni? minyak tak sayang ke? aku kalau bawak lebih 100km/j, memang laju ja meter minyak turun. dari biasa aku isi minyak RM50 seminggu, dah jadi RM80 seminggu tu"
                      Hehehe, ni selalu untuk siapa-siapa yang ada habit drive laju2, menurut kajian, penggunaan minyak akan bertambah sekiranya memandu lebih 100km/j. saya pun dah buat ujikaji sendiri, yup, kalau bawak laju, memang budget minyak saya akan lari.. 
                      Mahukan tips penjimatan lagi? nanti kan post terbaru dari eLQirani!





                      Salam Kejayaan dari eLQirani-Reload







                        LinkWithin

                        Related Posts with Thumbnails